Deskripsi Pemikiran Falsafah Dalam Islam (Aziz K.S)

08.21 0 Comments

PEMIKIRAN FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Falsafah yang merupakan salah satu disiplin ilmu dianggap sebagai disiplin yang tinggi. Falsafah ditanggap sedemikian sesuai dengan makna falsafah itu sendiri iaitu cinta kepada hikmah.Hikmah atau kebijaksanaan adalah aspek penting dalam falsafah dan ia merujuk kepada kematangan pandangan dan pengamatan yang teliti. Hikmah ialah satu pemikiran aras tinggi yang bertujuan untuk menggali kebenaran atau hakikat. Dalam Islam, kebenaran yang dimaksudkan tentu sahaja kebenaran Islam. Malah, hikmah dinyatakan di dalam al-Quran menerusi surah Luqman. Luqman digambarkan sebagai ahli hikmah atau bijak pandai kerana kebijaksanaan pandangan futuristik beliau menjangkau ke alam akhirat. Falsafah Islam ialah falsafah yang tidak boleh dipisahkan daripada dua sumber berautoriti iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ini bermakna apa sahaja bidang dan cabang falsafah yang dibincangkan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah tidak sewajarnya bercanggah dengan prinsip Islam. Ruang perbincangan falsafah Islam berkisar kepada beberapa persoalan utama iaitu persoalan ketuhanan, insan, alam dan kehidupan. Ia merupakan prinsip Pendidikan Islam berdasarkan kepada surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5. Pandangan hidup Islambermula dengan persoalan ketuhanan iaitu kepercayaan insan kepada kewujudan Allah s.w.t sebagai Pencipta seluruh alam. Persoalan ketuhanan ini yang mencorakkan pengertian dan konsep Pendidikan Islam sehingga matlamat tertinggi pendidikan tersebut ialah penyembahan atauubudiah kepada Allah s.w.t. Persoalan insan juga persoalan penting dalam falsafah Islam. Apa maknanya falsafah tanpa insan yang bertindak mengaplikasikannya dalam kehidupan. Di dalam Islam, insan ialah makhluk Allah s.w.t yang istimewa. Insan dianugerahkan dengan pelbagai kurniaan seperti fizikal yang indah dan sempurna, akal, rohani, fitrah yang suci sertakuasa untuk memilih. Zakaria Stapa (1995) merujuk insan sebagai makhluk yang memiliki dua unsur berbeza yang penting iaitu unsur material dan spiritual yang saling melengkapi. Kedua-dua unsur ini yang membolehkan insan menjalankan dua fungsi penting pula iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi. Alam mempunyai hubungan yang bermakna dengan persoalan ketuhanan dan insan. Alam ialah makhluk Allah s.w.t. yang mampu diketahui dan difahami insan Kefahaman insan tentang alam membolehkan insan yang berfungsi sebagai hamba dan khalifah memanfaatkan alam bagi meningkatkan kualiti kehidupan dengan pelbagai unsur yang terdapat di dalamnya (Surah al-Anbiya’ ayat 33). Falsafah Islam turut membawa kepada kehidupan dan peranan insan dalam menjalani kehidupan tersebut. Kehidupan insan mempunyai matlamat yang jelas. Kehidupan insan tidak berakhir dengan kematian sebaliknya kematian ialah terminal sebelum menuju ke alamakhirat yang bersifat kekal. Oleh itu, insan dituntut agar mempersiapkan bekalan yaitu berusaha memperolehi keredaan Allah s.w.t. Allah s.w.t. menjadikan kehidupan insan dipenuhi dengan pelbagai nikmat  yang bertindak sebagai alat untuk mencapai keredaan Allah s.w.t. dan bukan menjadi matlamat untuk direbut oleh insan. Ini menyebabkan Pendidikan Islam bukan bertujuan untuk meraih kejayaan material tetapi juga kejayaanyang lebih bermakna di alam akhirat. Pandangan hidup yang benar yang menjurus kepada pencapaian matlamat kehidupan insan yang hakiki yaitu pengabdian kepada Allah . ssInsan yang baik ialah insan yang mempunyai kualiti kebaikan dalam kehidupan material dan spiritualnya. Aspek aksiologi ini ternyata memberi implikasi jelas terhadap tujuan Pendidikan Islam yaitu bagi melahirkan insan baik yang memiliki pandangan hidup Islam benar dan menyeluruh.


NAMA       : AZIZ KURNIA SANDY / 10

KELAS       : X.2

Unknown

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 komentar: